Bagaimana Menghubungkan (Link) Akaun YouTube dengan Akaun AdSense?
Langkah mudah untuk menghubungkan akaun YouTube dan akaun AdSense bagi tujuan paparan unit video:
Langkah 1:
Pastikan anda telah “log in” kedua-dua akaun YouTube dan akaun AdSense.
Langkah 2:
Di bahagian/tab AdSense, pilih “video unit” sebagai produk dan klik pada butang “Visit AdSense Video units“.
Langkah 3:
Anda seterusnya akan dibawa ke laman web YouTube di mana anda dikehendaki mengesahkan link akaun tersebut.
- Jika anda sudahpun mempunyai akaun YouTube dan telahpun “sign in”, anda bolehlah “verify” link tersebut dengan memasukkan email, nombor telefon dan poskod.
- Sekiranya anda belum mempunyai akaun YouTube, anda dikehendaki untuk “sign up” terlebih dahulu. Setelah anda klik “Submit Confirmation“, anda bolehlah kembali ke akaun AdSense untuk tujuan “setting up video units“.
Note:
Sila pastikan akaun yang anda gunakan samada untuk kegunaan “personal” atau “business”.